Thursday, November 13, 2014

Resipi Nasi Tomato, Ayam Masak Merah dan Jelatah


Sebenarnya nak kata baru belajar masak nasi tomato, xlah sangat..
Sebelum ni dah pernah buat tapi x sedap.
Kali ni punya resipi.. wah.. much better dari dulu lah..
Housemate siap puji leh bukak kedai lepas ni.. Hahaha..

Resipi Nasi Tomato

Bahan-bahan ( 4~5org )
4cwn beras(dibersih dan ditoskn)
Minyak sapi. Kalau xde boleh guna butter / planta. 2-3 sudu
2 kuntum bunga cengkih
1/2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 cm kulit kayu manis
1 tin kecil tomato puree
4 cwn air rebusan yang cair (bole juga nk guna kiub pati ayam)- guna kiub je
setengah tin susu cair

Bahan yang di tumbuk:
2 ulas bawang putih,
3 ulas bawang merah
1 hiris halia

Cara-cara:
Cairkan minyak sapi diatas api yang sederhana dan tumiskan 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis) selama 1-2 minit.
Masukkan bahan tumbuk dan teruskan menggoreng hingga masak.
Kecilkan api dan tuangkan puri tomato.
Kacau sikit pastu tutup api.
Masukkan bahan tadi ke dalam periuk nasi lektrik.
Masukkan beras.
Masukkan air rebusan, susu cair dan garam secukup rasa.
Kacau rata-rata selama 1-2 minit.
Pastu tekan je la button cook dan tinggal sampai nasi tu masak..

**Nota.. Air rebusan tu ikut beras juga yer.. Ada beras yang perlu air banyak.. Ada beras yang perlu air sikit..
So, depend on beras apa yang korang guna la yer..

Resipi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:
Setengah ekor ayam
1 biji bawang besar ( kisar )
3 biji bawang merah ( kisar )
2 ulas bawang putih ( kisar )
1 cm halia ( kisar )
1 cm lengkuas (kisar)
2 batang serai ( kisar )
3-4 sudu makan cili boh (boleh tambah/kurang)
3-4 sudu makan sos cili
1 bungkus santan pekat
Minyak
Garam dan kunyit
Rempah 4 beradik
Air


Cara-Cara:
Ayam dicuci bersih, toskan dan perasakan ayam dengan garam kunyit, goreng 2/3 masak dan ketepikan.
Tumiskan rempah 4 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih,pelaga), serai, daun pandan dan bahan blend hingga garing.
Masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak
Masukkan sos cili dan kacau sebentar
Masukkan ayam dan gaul sebati.
Masukkan santan pekat, kacau lagi.Tambah air jika suka berkuah
Sesuaikan rasa (tambah garam/gula -jika perlu)
Siap!

Resipi Acar Timun / Jelatah

Bahan-bahan:
1 biji timun potong nipis
1 buji bawang potong nipis.
! biji nenas potong sederhana nipis
gula
cuka
air

Cara-cara:
Hancurkan gula dengan air. Masukkan cuka. Beberapa titis je. Jangan lebih yek.. Nanti masam plak..
Pastu baru gaulkan timun, bawang dan nenas tadi.. Pastu rasa.. Yummy..

Dah siap semua baru leh layan.. Hehehe..
Selamat mencuba!


Dah siap masak?!!
Boleh la usha-usha blogshop saya kat sini Shuhaida's Shop

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...