Monday, November 24, 2014

TIps untuk menjadi seorang WAHM



Apakah WAHM?
WAHM = Work At Home Mother
Ni trend bekerja untuk suri-suri rumah zaman sekarang tau..
Tak kira kat Malaysia atau kat dunia..
WAHM membolehkan anda menguruskan rumahtangga dengan lebih fleksible dan mengikut jadual peribadi tanpa kongkongan dan limitation.Sebab? Andalah boss dan andalah juga kuli!

Oh, macam best jer! Tapi bukan semudah itu ye.

Mereka yang memilih untuk menjadi WAHM, sudah tentu menganalisa sebarang bentuk perubahan yang bakal dalam kehidupan yang baru nanti. Dari sudut masa, jadual, aktiviti sosial dan kejiranan, bentuk pendidikan yang sesuai untuk anak-anak dan aha, yang paling terkena tempiasnya pastilah dari sudut kewangan ( tapi tidak semestinya ya)

Tapi secara jujurnya, semua faktor di atas bukanlah satu halangan untuk menjadi WAHM. Jika anda berkira-kira dan bermimpi (sehingga 365 kali setiap tahun) untuk menjadi WAHM, inilah masanya untuk anda realisasikannya!

Mari saya kongsikan serba sedikit tips untuk berjinak-jinak menjadi WAHM.

OK, let's check it out...

Tips untuk menjadi WAHM

1. Mencari NIAT sebenar

Ramai yang ingin menjadi WAHM. Tetapi tidak ramai  yang tahu kenapa dia mahu menjadi WAHM. Pelik tapi benar. Wanita secara fitrahnya adalah beremosi tinggi dan kadang menjadi terikut-ikut dengan persekitaran. Jiran beli sofa baru, dia pun nak sofa baru. Jiran beli TV baru, dia pun nak TV baru. Jiran jadi WAHM, dia pun nak jadi WAHM. Hehehe.Sebagai contoh sahaja. Baliklah kepada sumber rujukan kita. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

Sesungguhnya, setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan bagi setiap orang itu apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kerana Allah dan rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah kerana apa yang dikehendaki."
(HR Bukhari dan Muslim)

Jelas kan? Pentingnya niat.Saya yakin ramai berniat untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga.Mudah-mudahan tak terbawa-bawa dengan kerja yang tidak menang tangan sehingga lupa niat sebenar kita! :)


2.Rancang, rancang & rancang

Buatlah perancangan dengan berhemah. Fikirkan setiap kemungkinan yang akan berlaku dan semua aspek yang bersangkut paut. Kemudian senaraikan pihak-pihak yang mungkin terlibat dengan pertukaran 'kerjaya' kita nanti. Perancangan haruslah mencakupi jangka masa pendek (short term), jangka masa sederhana (medium term) dan jangka masa panjang (long term). Jika tidak mampu, bolehlah merancang dua jangka masa yang pertama terlebih dahulu. Ok? :)

3. Bincang, bincang & bincang

Selepas kita melakukan perancangan, maka tibalah masanya untuk seisi pembentangan (ala-ala pembentangan Belanjawan jugak lah) dihadapan mereka yang terlibat. Selalunya suspek utama adalah pasangan hidup, anak-anak dan juga ibu bapa/mertua. Dengan perancangan yang teliti, in sya Allah anda akan dapat menangkis semua hujah-hujah dan memberikan jawapan yang bernas untuk meyakinkan mereka.Mungkin perbincangan pusingan pertama dan kedua tidak membuahkan hasil. Jangan putus asa! Cuba lagi dipusingan ketiga, keempat dan seterusnya sehingga mereka tahu yang anda betul-betul maju menjadi WAiHM sejati!

4. Fikirkan kerjaya yang sesuai di rumah

Sebenarnya ini adalah termasuk dalam perancangan tadi. Tetapi kerana kepentingannya yang sangat signifikan (ade tak perkataan ni dalam Kamus Dewan?), saya asingkan sebagai point yang tersendiri. Tak semestinya menjadi WAHM anda perlu berbisnes.No,no,no,no. Yang penting, apa yang anda boleh buat dari rumah dan MEMENUHI MINAT anda. Kalau anda menjadi WAHM yang menyeksakan diri sendiri dengan melakukan perkara yang dibenci seperti data entry, online tutoring atau kerja-kerja lain yang anda tidak minat, maka pada pandangan saya, anda telah tersasar dari konsep WAHM.Walaupun mungkin pendapatannya tidak seberapa, kalau datang dengan minat, satu hari nanti tidak mustahil berkembang dan menjana untung yang berlipat kali ganda. Percayalah :)

5.Faktor kewangan

Ramai yang berfikir, selagi tidak mempunyai pendapatan yang setanding atau lebih tinggi dari kerjaya sekarang, adalah mustahil untuk menjadi WAHM. Salah! Big No! Seperti kes saya yang baru kecil-kecilan berbusiness, maka tentulah sama sekali tidak dapat memberikan untung yang usah kata setanding, 10% pun tak lepas untuk disamakan dengan gaji sekarang. Tapi, ingatlah yang  Allah jadikan rezeki setiap manusia berbeza dan Allah telah janjikan rezeki kepada kita. Tinggal kita yang perlu usaha. Seperti firman Allah dalam surah At-Talaq ayat 2 &3:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar,
Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya,
Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya,
Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan yang dikehendakinya,
Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


6. Execute!

Setelah semua langkah di atas berjaya di jalankan (of course satu persatu dear) maka tibalah masa yang dinanti-nantikan, to make your dream comes true! Kita tentu tak tahu apa yang akan berlaku, tapi dengan perancangan yang ada dan tawakal pada Allah, in sya Allah semuanya akan berjalan dengan baik. Kalau tersadung batu dan jatuh, maka bangunlah kembali. Biarlah hidup menjadi cikgu kepada kita. Jangan pula bermimpi yang indah-indah sampai tidak mengambil langkah berjaga-jaga. Bermimpilah sampai ke bintang, dah bangun jangan lupa solat Subuh, ok? (ini sungguh tidak ada kaitan).


Ow,oww,owww...sebelum saya lupa

Tolonglah jangan beralasan dan memberikan alasan-alasan seumpama ini:

"Dia boleh la. dia dah ade bisnes. Pendapatan pun dah banyak"
"Dia dah stabil. Dah ade bungalow 8 tingkat, kereta Ferrari. Aku baru rumah Semi-D, pakai kereta pun Myvi"
"Dia punya hubby kerja kerajaan. Gaji banyak boleh tampung keluarga...bla bla bla"

Kalau mindset anda sebegini, tak perlu bermimpi nak jadi WAHM. Sebab? Asyik tengok orang, diri sendiri tak mau rancang. Kalau belum boleh lagi buat masa ini, rancanglah dalam tempoh yang spesifik seperti lagi 2-3 tahun akan datang. Jangan asyik menunding jari pada orang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...