Saturday, November 8, 2014

Resipi sayur goreng baby romance dan cendawan butang


Resipi ni dah lama buat, tapi baru update kat blog.. Sebab gambar tingal kat dalam camera.. dan asyik lupa jer.. Sebenarnya cendawan butang ni balance dari masak Spagetti Bolognaise hari tu..  Dok mencari-cari gak nak masak apa cendawan ni.. Lepas dah habis fikir.. Nak try la goreng je.. X sangka.. Rasa dia memang not bad.. First time cendawan butang buat goreng camni. Boleh la try lagi next time..

Resipi Sayur Goreng Baby Romance dan Cendawan Butang.

Bahan-bahan:-
Baby Romance
Cendawan Butang
Sos tiram
Bawang putih
Bawang merah

Cara-cara:-
Potong baby romance, basuh dan toskan.
Potong cendawan butang, basuh dan toskan.
Tumbuk bawang putih dan bawang merah. 
Panaskan minyak dan tumis  bawang putih dan bawang merah yang di tumbuk tadi. 
Masukkan sos tiram.
Masukkan Cendawan butang.
Tambah air sket untuk kuah.
Last baru masukkan Baby Romance.
Gaul2 sket pastu siap..
Saya dah x guna garam sebab sos tiram tu dah cukup masin dah..


P/S: Jom usha blogshop saya di Shuhaida's Shop



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...