Tuesday, August 16, 2011

SEMBELIT dan cara mengatasi.


Datang je bulan puasa, penyakit ni la yang aku gerunkan.. Isk3.. Risau gak kalau kena. Dalam dok beringat2 tu.. Nampaknya terkena jugak! Aduhhh... Menyiksa betul!
Kat bawah ni info yang aku dapat.

Sembelit
berlaku apabila anda susah membuang air besar, kerana sebab-sebab tertentu seperti najis terlalu keras dan anda jarang membuang air besar. Ramai orang keliru bila dikatakan "jarang membuang air besar". Ini kerana setiap individu adalah berlainan. Ada orang yang membuang air besar sekali sehari, ada yang beberapa kali sahaja seminggu. Ramai yang beranggapan mereka mengalamu sembelit, tetapi sebenarnya mereka tidak sembelit. Bagaimanapun, sebelit dikatakan terjadi sekiranya anda ke tandas kurang dari tiga kali seminggu.


Sebab-sebab berlakunya sembelit:

* Kurang serat tetapi lebih makanan berlemak dan gula.
* Kurang minum air.
* Selalu menahan diri daripada membuang air besar.
* Kurang bersenam atau pergerakan, contohnya selepas kemalangan.

Tips mengatasi sembelit:


1) Makan buah pisang atau betik selalu.


2) Ambil dua biji pisang lemak manis yang cukup masak. Buang kulitnya dan kisar bersama segelas air. Amalkan minum air pisang ini dua kali sehari sehingga sembuh.


3) Dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Rebus hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis dan minum airnya pagi dan petang setiap hari sehingga sembuh.


4) Rebus daun gelenggang dan jadikan ulaman makan bersama nasi setiap hari.


Aku ni kurang sket bab2 makan buah ngan sayur ni.. Apatah lagi nak p cari akar2 kayu.. Katne la nak cari akar kayu kat KL ni yer x? huhuhuh..
Terpaksa la cari ubat kat farmasi je kot =D


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...