Wednesday, June 12, 2013

Tips mudah SEO


SEO atau nama panjangnya “Search engine optimization” akan membawa lebih banyak trafik ke sesuatu laman web. Lebih banyak kandungan SEO di blog maka lebih cerah peluang blog untuk muncul di muka hadapan Engin Carian Google. Apabila blog anda berada di muka hadapan Google Search sudah pasti trafik ke blog akan naik secara mendadak. Tidak semestinya blog kita perlu popular untuk muncul di muka hadapan carian Google, dengan penyelidikan mengenai SEO dan kata kunci yang betul mampu mengalahkan blog-blog yang popular. Menulis entri dengan betul tanpa kesalahan juga perlu untuk Carian Google. Entri yang mesra SEO seharusnya ada ciri berikut:

1. Tajuk

Tulis Tajuk entri dengan jelas. Contoh, “Buat Blog Di WordPress” lebih baik memperjelaskannya lagi seperti “Cara Membuat Blog Di WordPress”.

2. Manipulasi Kata Kunci Tajuk

Google Robot suka mencari kata kunci di perenggan pertama entri yang ada persamaan dengan tajuk entri. Tulis semula kata kunci tajuk di perenggan pertama entri atau ditempat lain. Contoh, kata kunci tajuk “Tambah Trafik” di peranggan tulis “Trafik Cepat Bertambah Dengan Laju” tapi pastikan ianya tidak berulang-ulang atau Google Robot akan nampak ia seperti Spam dan ia tidak menyukainya.

3. Buat Kategori

Kategori adalah satu cara untuk permudahkan pembaca mencari kandungan lain dengan mudah, bahkan ia akan membuat ranking google meningkat. Terapkan kata kunci Kategori yang berkaitan dengan entri anda.

4. Labelkan Setiap Entri

Jika anda kata label sama seperti kategori, maka anda betul. Label lebih ringkas dari kategori, apabila pengunjung ingin mencari entri berkaitan dengan kata kunci tajuk entri itu, label ini memainkan peranan untuk mencari dengan mudah kata kunci entri yang lain. Anda perlu meningkatkan ketumpatan kata kunci yang ada di blog dengan baik.

5. Meta Description

Meta ini penting untuk menerangkan secara ringkas entri anda di senarai Carian Google. Ambil masa untuk edit Description yang menarik perhatian orang untuk mengetahui cerita itu serta-merta membawa mereka ke blog anda.

6. Guna Kata Kunci Mula Dan Akhir

Sebelum post entri, anda perlu tahu 100 perkataan kesemuanya. Anda akan mengubahnya supaya ia lebih menarik untuk menjana Trafik. Gunakan kata kunci Tajuk pada 100 perkataan pertama, di pertengahan dan di hujung 100 perkataan. Cara ini berguna untuk menjana Trafik Blog.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...