Friday, November 11, 2011

Resipi Save Budget Bahagian Pertama



Dekat2 nak kawen ni sume org nak berjimat.
Kan? kan? kan?
Ni aku dapat dari research aku kat google campur ngan  interview ngan org2 yang aku rasa berpotensi sebagai orang2 yang berjimat cermat.

Step2 nak berjimat:-

1. Jangan tinggal solat! Kalau tinggal nnt rezeki yang kita dapat ni x berkat. Banyak mana pun x cukup gak.   (Dari pengalaman aku sendiri k!)
2. Masak sendiri.
3. Bawa bekal ke tempat keje.
4. Beli barang yang perlu je bila nak shopping

Ni antara Resepi yang aku nak share ngan korang:-



SUP TELUR

Tumis bawang putih & bawang merah.
Masukkan air.
Masukkan kiub pati ayam knorr.
Bila dah mendidih pecahkan telur. Masukkan garam sket.
Bila dah masak taburkan daun sup & bawang goreng.

BUNCIS GORENG dengan TELUR

Buncis potong pendek. Serong2.
Goreng telur. Hancurkan. Tepikan.
Tumis bawang putih & bawang merah.
Masukkan buncis.
Masukkan sos tiram.
Last sekali masukkan telur yang di hancurkan tadi.

SAMBAL IKAN BILIS dengan TERUNG

Potong terung serong2. Pendek2.
Goreng ikan bilis. Tepikan.
Tumis bawang putih & bawang merah.
Masukkan cili boh
Masukkan air asam jawa
Masukkan garam dan gula
Masukkan terung
Last sekali masukkan ikan bilis yang telah di goreng

Ni je la resipi save budget untuk bahagian yang pertama.
Nak lagi resipi? Tunggu bahagian yang ke dua plak k? hehehehe..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...