Tuesday, August 2, 2011

Tekak Oh Tekak. Kenapa engkau sakit? Petua untuk hilangkan sakit tekak.

Dah 2 hari aku menderita sakit tekak ni.. Aduh... huhuhuhu... sakit nya..
Nak telan air liur pun susah... Aku nak cakap pun susah.. Suara dah macam Ella and The Boys dan nih...

Aku pun surfing2 lah cari petua untuk sakit aku ni.

Antara yang aku jumpa:

Masukkan 3 sudu kecil garam ke dalam air sejuk. Ingat ye, AIR SEJUK, bukan suam-suam kuku, bukan air panas menggelegak. Kacau rata. Kemudian, berkumur sampai habis.

Yang ni plak petua untuk selsema. Biasanya kalau sakit tekak ni mesti diikuti ngan selsema plak lepas tu.


  1. Ambil secawan air didihan beras (sewaktu mendidih). Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering pada tekak itu sembuh.

  2. Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari.

  3. Selesema pada musin hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

  4. Mandilah dengan air suam pada waktu petang dan elakkan mandi malam. Amalkan minum air halia seminggu sekali.


Ok jugak petua ni, asalkan aku xkena minum air asam jawa sudah.
Aku x suka air asam jawa.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...