Monday, August 8, 2011

Berselindung Di sebalik Kaabah


Ni cite aku ngan housemate tgk semalam. Astro Prima pkl 10 -12 mlm.
Watak Zarina dalam tu memang menjadik gile. Meluat betul aku kat dia semalam.

Sinopsis Berselindung Di sebalik Kaabah:
Rina (Zarina AF) seorang gadis bertudung tetapi sebenarnya di sebalik imej bertudung itu dia adalah perempuan jahat yang sentiasa bertindak mengikut nafsu syaitan. Rina memakai tudung kerana menyembunyikan perutnya yang mengandungkan anak luar nikah teman lelakinya, Iskandar (Dari awal sampai akhir aku x nmpak pun dia ni). Rina mempunyai adik bernama Maya (Aku x kenal sapa pelakon ni. Tp cantik la jugak). Ayah mereka, Datuk Jamal (Eizlan Yusof) menyayangi Rina yang dilihat sopan daripada Maya. Rina ingin merampas Remy (Fir AF), teman lelaki Maya untuk menjadi pak sanggup kerana Iskandar tidak mahu bertanggungjawab dan sudah melarikan diri. Tiba-tiba muncul pula Mak Yam (Didie Alias) yang mendakwa seorang anak Datuk Jamal itu adalah anak kandungnya yang dia tukarkan dulu.

Tamat sinopsis yang aku dapat kat internet. Bawah ni aku guna ayat aku sendri k. Maap klu x kena bahasa/tatabahasa dia k.. Layannn...

Rina yang jahat tu terus pergi berjumpa dengan Mak Yam dan bgtau bahawa anaknya yang sebenarnya ialah Maya. Maya plak time tu kena halau ngan bapak dia (Datuk Jamal) dari rumah tu sbb Rina bgtau yang BF Maya (Remy) rogol dia. Sebenarnya dia fitnah je tu. Actually, si Remy tu bukan main baik lagi ngan dia. Lepas kejadian tu Maya tinggal dengan Mak Yam. Rina pun happy la sbb apa yang dia rancang selama ni dah menjadik. Hahahahaha (gelak besar dia dalam hati dia yang busuk tu...).
Remy jadi gila sbb asyik teringat kat Maya pastu xlama lepas tu dia pun mati. Mgkin sbb x tahan rindu kat Maya kot. hehehehe.. Satu hari, Mak Yam ngan Maya tgh lunch. Tiba2 baru Mak Yam perasan yang Maya xde tanda lahir. Sebenarnya yang ada tanda lahir tu la baru anak Mak Yam yang sebenarnya. Mak Yam pun bgtau la Datuk Jamal yang Maya tu sebernya bukan anak dia. Anak dia yang sebenarnya ialah Rina. Apa lagi, mengamuk la Datuk Jamal tu, ye la kan.. dia kan sayang sgt kat anaknya Rina tu.

Tanpa di sedari, Rina pun ada dengar kejadian tersebut. Dia pergi jupa ngan Mak Yam tu dan terus bunuh Mak Yam tanpa sebarang belas kasihann. Isk3... Puas hati dia bila dapat tau org tua tu dah mati.
Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak kan?
Lagipun aku mmg dah xtahan nak tgk apa kesudahannya.. Mmg angin nak mampus tengok si Zarina tu..

Last cite, Rina terlepas cakap kat telefon ngan Maya pasal pembohongan dia tu. Percakapan dia di dengar oleh bapak dia. 1 hari, tiba2 pintu bilik dia di ketuk. Peguam bapak dia datang bagi notis suruh kosongkan rumah tu. Dia pun dgn perasaan yang panas meluap2 pun meninggalkan la rumah tu. Masa dia kuar je dari rumah tu dia jupa ngan Remy. Remy tnya dia. Kamu ni Rina kan? Mana tudung kamu? X igt la plak apa yang Rina tu jawab balik. Mmg teruknya apa yang dia cakap tu.. Aku dah lupa la.. Mmg geram gile dgr dia cakap.. Tiba2 je Remy curah asid muka dia.

Terus cite kat hospital, muka Rina dah macam apa dah lepas tu, Dia jd buta ngan bisu kot klu x silap. Tpi dia boleh tulis. Dorg cakap dia tulis nama Remy sbg org yang curah asid kat dia tu. Tp Remy tu sebenarnya dah mati pun 2 hari sebelum kejadian tu. hehehehe... habis dah..

Moral of the story:
Jangan tipu2 org tambah2 gunakan agama.
Mak bapak jgn dok banding2 anak2. Sapa pandai, Sapa cerdik. Terima je seadanya..

Sekian, wasalam.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...