Wednesday, August 10, 2011

Mengenali Rempah

Hari ni aku nak belajar masak masakkan yang mengunakan rempah. Sebelum nak masak kena la bersuai kenal dulu kan? Hehehe.. Aku buat la sket research pasal rempah2 nih..

1. Jintan Manis

Berbau harum. Rupanya seperti padi tetapi saiznya lebih halus dan kecil. Ditumbuk atau dikisar apabila hendak digunakan. Masakan yang berempah seperti kari, kurma dan rendang biasanya menggunakan rempah ini sebagai bahan perasa tambahan.


2. Jintan Putih

Mempunyai bau yang kuat. Mempunyai bentuk seperti padi. Lebih besar daripada Jintan manis. Kegunaannya juga sama.


3. Ketumbar

Digunakan untuk menambah kesedapan makanan seperti kari dan rendang. Buahnya mempunyai aroma pedas dan sedap. Daunnya juga sering digunakan dalam masakan. Selain itu, ketumbar juga menambahkan rasa dalam masakan lain seperti bubur nasi, ayam atau ikan goreng dan sebagainya.


4. Halba

Juga dikenali sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih.





5. Buah Pelaga

Juga dikenali sebagai katepus, kepulaga, puar dan tebus batu. Selain digunakan untuk masakan, orang India dan Arab suka mencampurkannya dalam minuman teh.







6. Bunga Lawang

Rupanya seakan bintang dan berbau kuat.
Dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama seperti kulit kayu manis dan bunga cengkih. Bagi masyarakat Melayu, bunga lawang digunakan untuk menumis, menambah aroma masakan seperti nasi minyak, sup berempah, beriani, masakan lauk=pauk berempah seperti daging, makanan laut dan ayam. Ia juga menambah aroma seperti dalam masakan acar.







7. Bunga Cengkih

Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan.





8. Kayu Manis

Kulit kayu manis digunakan untuk menumis. Ia juga boleh digunakan untuk menambah wangian pada air gula (sirap) semasa merebus. Untuk masakan barat, serbuknya digunakan untuk membuat cinnamon roll dan pai epal. Kulit kayu manis juga digunakan untuk membuat wangian.






SUMBER : WIKIPEDIA

2 comments:

abghani said...

kayu manis rebus dan minum airnya bagus utk kesihatan terutama yg ada diabitis

Nizam Ijam said...

ok..nak masak ape petang nie?haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...