Wednesday, October 19, 2011

Asal Usul Baba dan Nyonya

Aku ada buat google sket pasal masyarakat baba dan nyonya kat Melaka.
Ni pun sebab ada sorang staff baru kat sini dari keturunan baba dan nyoya.
Muka dia macam orang Melayu tapi boleh cakap cina.
Nama dia pun of course la cina.

Pastu ada  plak staff ni dari Yemen (Aku pun xtau Yemen kat mana), tnya dia ni (staff keturunan baba & nyonya) orang apa? So, nak x nak aku kena la buat research sket. Kalau x, leceh la kan.. Xkan nak jawab xtau plak.. Jatuh la standard.. Heheheh




Pada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke-15, semasa pemerintahan Parameswara, apabila Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim melawat Melaka. Menurut penerangan traditional, pada 1459, Raja Cina telah menghantar puteri, Hang Li Po, kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada penghormatannya. Pengikut-pengikut puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan akhirnya lahirnya Peranakan. Peranakan mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka, tetapi bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka membina budaya pemakanan yang unik. Banyak sumber memberi tuntutan bahawa Peranakan adalah kahwin campur dengan orang Melayu tempatan; hal ini mungkin akan lari daripada factor pengikut-pengikut puteri Cina tinggal di Bukit Cina yang mengembara ke Melaka dengan Laksamana Yunnan berbangsa Cina Muslim. Namun, kekurangan peringatan yang fizikal secara keseluruahan telah menyebabkan ramai pakar sukar percaya terhadap asal-usul etnik Peranakan Cina.

Sumber dari Wikipedia
Korang leh gak baca kat sini:- http://hafizahkaab.blogspot.com/2008/07/masyarakat-baba-nyonya-di-melaka_26.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...