Thursday, October 27, 2011

Konflik. Dugaan nak kawen ke ni?

Mood: Down gile babeng.


Semalam si Tunang sms. Dia cakap dia mungkin kena buang keje.
Aku: Apa?!! Nape pulak?
Dia: Tgl pos kejap masa tengah duty.
Aku: Xkan tu pun kena buang keje?
Dia: Yela.. Askar syg oi.. Memang strict! Cuba syg mai keje tempat abg ni.
Aku: Yela tu xcaya lah.
Dia: Xcaya sudah
Aku: Kalau abg kena buang keje kita cancel je la kawen. Syg nak kawin ngan askar je tau!.

Terus dia x sms aku lagi.
Perkataan merah atas tu la silap aku..
Teruk betulla aku ni kan?
Tunang apa la aku ni?

Lepas tu aku dah x senang duduk dah. Mesti dia tengah kecewa kan. Orang yang paling dia sayang cakap mcamtu kat dia. Aku call dia x jawab. Aku msg pun dia xbalas. Buat dek je. Aku mintak maaf pun dia buat dek gak.. Aku panik dah ni... Dia nak tinggalkan aku ke? Air mata dah macam air terjun nih.. Huhuhuhu

Aku teringat kat mak aku je time tu.
Aku call mak.
Aku: Mak, lan kena buang keje.
Mak: Nape pulak?!!
Aku: xtau.. dia cakap apa tah tadi, Xpaham. Mak tepon la dia. Dia xmau cakap ngan tan ni.. *Aku nangis lagi... Huhuhuhu.. Sedu2 dah.. Nak cakap pun dah sekat2.. Mak call dia tau. Nt tan call mak balik

Lepas 5 minit aku call mak balik.
No busy!

Tunggu lagi 5 minit. Aku call lagi.
No masih busy!

Aku turun bawah p minum air.
Gulai ikan aku masak tadi pun x teringin aku nak makan walaupun tengah hari tadi aku makan pisang 2 biji je. Aku risau nih..

Naik bilik balik. Aku call mak lagi.
Kali ni dia jawap.
Aku: Mak. dia angkat x?
Mak: Dia angkat. Nape tan cakap macamtu kat dia? X kesian kat dia ke?
Aku: Tersilap cakap tadi. Tu yang dia merajuk kot.
Mak: Sabar je la. Kalau kena benti keje pun keje lain banyak lagi. Dugaan nak kawin la tu.

Aku lega sket lepas dengar mak aku cakap camtu. Sebernarnya panjang lagi dia beleter kat aku.. Tapi x larat aku nak tulis.

Aku risau kat tunang aku ni.. Mana dia ni.. Diam je. HP off . Aku rasa kalau dekat la kem dia mau je aku terjah.. 

Ada sesapa pernah handle konflik camni ke? Aku tensen ni.. Aku rasa cam nak amik mc je hr ni. Keje sume dah ke laut!




Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...