Friday, October 28, 2011

Konflik. Dugaan nak kawen ke ni? Bahagian ke 2.

Mood: Berbunga2 cam bunga sakura kat bawah ni.. hehehe



Siap ada bahagian ke 2 lagi tu..
Ni sambungan dari entry sebelum ni.

Pagi tadi dalam pukul10 aku ada nmpak delivery status sms aku kat si Tunang.Apa lagi! Aku terus kuar n call dia.
Tapi sama gak dia xnak jawap.
Aku memang angin dah..
Cam nak baling hp pun ada gak

Tup2.. sampai 1 sms dari dia.
"Guardroom 60 buang keje. X boleh msg. X boleh call. Jaga diri baik2"
Tu je msg dia hantar. Aku reply balik msg dia. Maxis reply cakap dia off hp.
WTF!

Aku angin! Aku angin! Aku angin!
Tapi dalam hati aku cakap... Sabar! Sabar! Sabar!
Aku masuk balik buat keje aku. Tapi air mata aku asyik nak meleleh je.
Memang gile ah!

Member sebelah tengok aku. Aku buat2 tanya dia.
Aku: "Eh.. Mcamana ek nak setting supaya screen ni x terang sangat? Aku sakit mata la"

Agaknya dia tau x, aku tengah nangis tadi?
Hehehe..

Aku tahan je perasaan sampai pukul 12 lebih.. Member2 aku kuar awal p makan. Fuh! Seb baik.. korang kuar la.. Aku x selera nak makan.. Kuar je dorg aku terus call mak..
Aku nangis puas2.. Luahkan perasaan kat mak aku!
Mak aku asyik ulang cakap.. Sabar lah.. Xde pape lah.. Sume ok je.

Lepas je aku call mak.
Aku nmpak delivery status sms kat si Tunang yang pending tadi sampai.
Kali ni aku x call pun. Aku biar je.
Kot lah dia nak sms ke nak call ke..
Tapi xde pun.

Aku malas nak tunggu.
Aku pun call.
Dia x jawap. Dia terus letak. Kejamnya!

Tup2... Aku nmpak dia call.
Wah! Happy gile bila nmpak dia call...

Dia: "Nangis pe kat mak tadi?"
Aku: "Ye la.. abg nak kena buang keje. Mst la nangis."
Dia: "Xde pape la. Dah settle pun. Berkat doa mak kat abg tadi."
Aku: "Huh?"

Di pendekkan cite.. Ada masalah komunikasi sket. Sms yang dia sent tu sebenarnya bukan hukuman lagi pun. Dia pun agak2 je. Mungkin tu la hukuman yang dia nak kena. Tapi bila dah p jupa OC? (Ah! Aku bukan tau sgt..) Dia xkena pape pun..

Fuh! Nasib baik dia x kena buang keje.
Tapi, kalau kena buang pun. Aku redha je kot.
Xkisah hilang keje. Yang penting aku x hilang dia!


P/s: Moral of the story.
Terlajak perahu boleh di undur. Kalau terlajak kata? Cepat2 minta maaf tau!
Ada konflik cepat2 settle..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...