Friday, October 7, 2011

MENGHITUNG HARI #3 - Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan

Akhirnya selamat gak aku buat HIV test.
Oleh sebab leceh sangat aku nak buat kat KL kena appoinment la, kena tunggu kosong la.
Aku balik buat kat kampung je.
Actually, balik je kampung tapi bukan buat kat kampung pun.. Hehehe..
Aku buat kat Klinik Kesihatan Kepala Batas, Pulau Pinang.
Kampung aku kat Kedah. Kalau kat Kedah Jumaat diorg tutup.
Oleh sebab time tu aku cuti hari jumaat boleh la aku p buat kat Penang je.

Pagi2 tu aku p la ngan mak & ayah aku.
Sian aku kan?
Aku baca kat blog org nak kawin ni sllnya mesti p ngan tunang.
Tapi aku lain plak, mak & ayah aku yang teman.. Huhuhu


Masuk2 je p kat kaunter pertanyaan.
Simple je aku bgtau nurse tu.
Aku : "Sy datang nak check darah."
Nurse A: "Nak buat HIV test untuk kawin ke?"
Aku : "Yer"
Nurse A: "Orang mana?"
Aku : "Kedah"
Nurse A: "Isi borang ni pastu amik kad kuning tu kat situ pastu hantar borang & ambik no kat sana"
Aku : "OK"

Lepas tu aku amik borang & isi la apa yang patut.
Masa hantar borang ada lagi sorang nurse tnya:-
Nurse B: "Ni perkahwinan kali ke berapa?"
Aku: "ke 1"

HaH.. amik.. tersasul dah. sepatutnya "yang pertama" la kan?
Gabra punya pasal.
Xpe la.. Nurse pun faham.

Aku malas la nak cite panjang2..
Hehehe..

Korang jangan terkejut lak kalau nurse yang amik darah korang nnt.
Mmg nurse yang buat keje tu. Doktor tu untuk cop & sahkah borang kita je..

Oops.. Lupa nak bgtau.. kena bayar Rm1 jer..

Tada...
Ni la keputusan hiv test aku...



Jumlah setakat ini :- RM 178.70

2 comments:

Anonymous said...

Wah. Dah nak kahwin ea. Bila tu:) Jemput tau. (macam boleh datang je) hehe.

Shuhaida Subri said...

lmbt lagi nak kawin ni.. xpe.. nnt jemput. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...